DALAM tempoh seminggu bermula 3 Mac lalu, bandar raya Kuala Lumpur dan Johor Bahru, Johor dilanda banjir kilat akibat hujan lebat antara tiga hingga tujuh jam menyebabkan lebih 300 kenderaan musnah dihanyutkan air manakala lebih 1,200 penduduk terpaksa berpindah. Banjir kilat itu menyebabkan kira-kira 40 orang terperangkap dalam bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) manakala hampir semua jalan utama di ibu negara mengalami kesesakan teruk berikutan air naik mendadak.
TAHU TAK KENAPA LA NINA NI BERLAKU?
Fenomena ini berlaku disebabkan tekanan atmosfera permukaan di khatulistiwa Pasifik Barat menurun menyebabkan pembentukan awan lebih banyak dan hujan lebat. Ringkasnya, La Nina ialah perubahan cuaca sejuk menyebabkan hujan dan ia berlawanan dengan fenomena El Nino yang membawa perubahan cuaca panas menyebabkan kemarau.
Di Malaysia, secara umumnya jumlah hujan melebihi purata dijangka berlaku di kebanyakan tempat di seluruh negara, namun, taburan hujan ini bergantung kepada pelbagai faktor lain selain faktor La Nina.
INFO: Perbezaan antara La Nina dan El Nino
p/s:
La Nina ialah perubahan cuaca sejuk menyebabkan hujan, berlawanan El Nino yang membawa kemarau
p/s/s:
nk tahu lebih lg pasal 'La Nina'?? meh..tekan sini..;-)
p/s/s:
to SM..tingkatkan pengetahuan anda..hehe..
selamattt.....!!!
harap2 ahli2 SM sume akan memanfaatkan info La Nina ni dlm MPOC akan datang... hehe
ReplyDeletehu3...nk main mpoc...
ReplyDeletep exam la... tunaikan tnggungjwb anda sebagai student..
ReplyDeletehahahaha
kalu dah capt ckp camtu xbleh nk wat pe daah
ReplyDeleteskolah dulu... mpoc byk lg hehehe.
ReplyDelete(^_^)...
ReplyDelete