:::.. Spunky'S Story ..:::

My photo
Melaka, Malaysia
Melaka Paintball Team that STRIVE for SUCCESS....!!!
Showing posts with label MY-NPL. Show all posts
Showing posts with label MY-NPL. Show all posts

Saturday, January 29, 2011

My-NPL Event 1


layout NPL dah kuar..
jgn lupa training ehh..kt nk lepas pre-lims kn..haha.
target peringkat2..tp, buat yang terbaik ye..
chayok2x!!

Sunday, November 14, 2010

PRE ASIA CUP

sila 'click' pada gambar untuk tumbesaran

 

Kejohanan Pra Piala Asia 2010 pada 27 & 28 November 2010 bertempat di Mapaac Petaling Jaya. Pendaftaran dibuka sekarang, yuran pendaftaran - Open Division RM450 dan Division 4 RM200. Paintballs dijual pada harga RM150 sekotak. Sila hubungi Sekretariat 016 332 3337 / piandaud@my-npl.org untuk maklumat lanjut. TQ

*sumber diperolehi daripada laman 'mukabuku' (facebook) abg Pian MY-NPL. 

**jom sama2 kita memeriahkan acara..jom daftar kawan2!! hehe..:)

Wednesday, August 05, 2009

...my-NPL Melaka...

first of all...
nk wish thanks a LOT kt Bro Subb..
sbb sudi pinjamkn E-nye beserta E Bro Rudy BigMac and also Bro Todo (ye ke x namanye?)



thanks jgk kepada Grifter Fraternity sbb pinjamkn kami tanks & barrels..
hehe...

secara keseluruhannya..
NPL kali nie..bukan rezeki kami..
iye, kami lost for every game..

first game draw ngn romeoz shockwave
tp, romeoz lebih sorang player.
kalah point di situ.



second game lost ngn D'raz..
game memakan mase 2min ++

third game lost lg ngn team Roughnecks.
game nie pun mcm game kt atas jgk..

fourth, game lost jgk ngn votolocos..
fifth, game lost jgk ngn screaming eagles
sixth, game lost ngn CMX Buccaneers
seventh, game ngn The Simpsons; lost jgk..
eighth, game ngn D'Halloween; pun kalah jgk..

jd..
kesimpulannye
kami berehat di rumah pada hari Ahad..;-)
xpela..menang kalah adat la bertanding..
xperlu tunding jari kt sape2..
muhasabah diri..
training jangan lupa guys..(^_^)

lagi gambar2 dan update pasal NPL..
akan ditambah kemudian..
hehe..sbb masing2 sebuk dgn kerjaya masing2..

lg seminggu mpoc final leg..
harap2 adela terselit rezeki kami di situ..
hihihi..

okay..
nnt update lg..


nie result terbaru MY-NPL Event 4 Melaka.
semua division..dari D1 kepada la D4..;-)
[.credited to VillainPaintball.]

Congratulations to all the winners!


Division 1: (8 teams)
1st = NEMESIS (Kuala Lumpur)
2nd = RAZ LEGION (Johor)
3rd = MACDEV RONIN (Kuala Lumpur)
4th = BALLBUSTERZ (Kuala Lumpur)

Division 2: (7 teams)
1st = NOMERCY (Johor)
2nd = CMX (Selangor)
3rd = JOHOR PIRATES (Johor)
4th = WARRIOR (Selangor)

Division 3: (22 teams)
1st = RAPTOR (CyberJaya)
2nd = UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (Perlis)
3rd = OSB PIRATES (Johor)
4th = ROUGHNECKS (Johor)

Division 4: (32 teams)
1st = SHOOT IN RAGE
2nd = KARMA
3rd = YING YANG
4th = JACKALS

Wednesday, July 29, 2009

My-NPL Round 4 MELAKA


what do you think bro???? hehehehe
nice......
to view more please visit Flashpoint Paintball park in facebook

Monday, July 06, 2009

MY-NPL Round 4 Melaka on 1 & 2 August 2009 - Order of Play (Preliminary Round)

D2 and D3 will start all their preliminary matches on Saturday, 1 August 2009 at 8.00 am whilat D1 and D4 games will commence at approximately at 1.00 pm. D1 and D2 will only be using Field No. 1 whilst D3 and D4 will be using Field No. 2 and No. 3. Thank you.

source

Malaysian National Paintball League (MY-NPL) Official Group

facebook

Tuesday, April 07, 2009

PERSPEKTIF SPUNKY MILITIA

Salam Sejahtera.Blog kali ini di’post’ sebab ramai bertanya pada Spunky Militia yang kenapa kami dah tak main My-npl lagi. Saya tak pasti yang soalan tu sengaja ditanya untuk memberitahu kepada umum yang Spunky sekarang main di D3 my-npl tapi bermain di D4 MPOC atau memang ada yang menanti kehadiran team kami ke My-npl dan tidak senang dengan kehadiran kami dia MPOC. Saya rasa tak mungkin la ada yang tunggu kan. “Main D3/D4 je pun, x la hebat mana kan”. :-) . Ada suara yang mengatakan kami boikot My-npl dan bermain untuk MPOC untuk melepaskan kekecewaan kami di My-npl. Sebagai menjawab soalan yang pernah ditanya kepada Spunky, bahawasanya Spunky Militia tidak pernah mem’boikot’ mana-mana tournament paintball di Malaysia. We love paintball. Malaysia kita ni bukan besar sangat pun, takda gunanya boikot mana-mana tournament. So, kepada sesiapa yang menyatakan Spunky memboikot , kalian adalah salah.

Untuk pengetahuan semua (mungkin ada yang dah tau), Spunky Militia tidak pernah bermain di MY-npl, tetapi semua Spunky playerz pernah bermain My-npl menggunakan nama ‘Leopard hunterz’ (Dataran Bersejarah-2007) dan ‘Prestige’ (Dataran Pahlawan-2008). Playerz yang sama tetapi nama team lain. Kami hanya bermain di My-npl Melaka sahaja kerana semua player Spunky Militia a.k.a Leopard hunterz a.k.a prestige adalah berpusat di Melaka dan student sepenuh masa di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (saja aku sebut nama penuh..hehe) kecuali seorang iaitu ‘G’. Kedua-dua tourney yang kami main ini (My-npl 2007 & 2008) menggunakan ‘fully house Marker’ dan keduanya mampu hanya ke peringkat Quarter Final sahaja. Untuk pengetahuan semua juga,kami semua membesar dengan team My-npl (Tactical Action and DeltaRover) yang di terajui oleh Sifu Sofian Daud a.k.a abg Pian. Dari kami mula-mula pegang marker (Melaka Open-Stdium Tun Fatimah-2005-klu x silap) sehingga boleh bermain dengan sendirinya seperti sekarang, kami tidak pernah melupakan jasa dan tunjuk ajar Abg Pian n D’geng. Bagi kami ketika itu (sebelum bermain di MPOC) rules paintball yang kami tahu didunia ini hanyalah rules My-npl.

Awal tahun ini, setelah Spunky Militia berbincang dan bermusyawarah (btl ke aku eja..hehe), kami mahu mencuba kelainan dan meningkatkan lagi kemahiran paintball, kami bersepakat untuk bermain di MPOC buat julung kalinya. Setelah ditimbal-tara dan mengambil kira beberapa faktor, Spunky bersetuju untuk bermain D4 MPOC bukan D3 seperti di My-npl. Antara factor itu adalah; kami tiada pengalaman dengan rules MPOC (kira x tau lansung) , masih menggunakan fully house marker dan masih Student yang berdepan masalah kewangan yang serius. Saya tidak pasti adakah masih ada team lain yang akan bermain juga di D3 sekiranya mempunyai masalah yang sama seperti Spunky dan adakah boleh diterima sekiranya bermain D3 dengan fully house marker pada tahun 2009 ini. Logiknya dah tentu tak boleh menang kecuali keajaiban berlaku. MPOC sama sekali tidak sama dengan My-npl, kalau ada yang tanya kenapa data MPOC and My-npl tidak boleh gabung, pendapat saya memang tidak boleh sebab keduanya tidak sama rules dan suasana kemeriahan itu sendiri. Sebab itu, kami yang baru nak mencuba rules baru, kami mulakan dari bawah dan tidak manis kalau terus terjah. Gegaran kecil dari bawah juga boleh menghasilkan tsunami.

Sebagai cabaran untuk kami sendiri, kepada semua team paintball di Malaysia, nantikan kemunculan kami satu hari nanti dengan amukan luar biasa yang menggegarkan dunia paintball Malaysia. Berilah kami masa yang secukup untuk melengkapkan kelengkapan yang tidak lengkap, mengasah pengalaman dari yang berpengalaman dan menapis kekurangan yang memang banyak kurangnya.

Akhirnya, bagi spunky militia, kami datang kemana-mana tournament lebih kepada untuk bermain paintball bukan bertanding, kalah dan menang adat bermain, kemenangan dan kejayaan adalah bonus dan anugerah Ilahi yang berharga buat kami sebagai kenangan manis untuk dibawa ke anakcucu. Inilah semangat dan jiwa yang dipahat di setiap saraf Spunky Militia. Tunjuk ajar dari sifu abg Pian dan sifu gongho Paul amat kami perlu sebagai dorongan dan panduan. Sekiranya apa yang tertulis ini mengganggu emosi kalian semua, maaf dipinta, mulut yang kurang ajar ni memang perlu tunjuk ajar. Terima Kaseh.

Spunky Madz (ahmad_uyob@yahoo.com)