:::.. Spunky'S Story ..:::

My photo
Melaka, Malaysia
Melaka Paintball Team that STRIVE for SUCCESS....!!!

Friday, March 13, 2009

Renungan Jumaat

Hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata-kata dengan kebaikan atau jika tidak, hendaklah dia diam sahaja. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan jirannya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya.”

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
”Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa berunding.”
Hadith :
Seorang lelaki bertanya:“ Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”.
Hadith :
Abu Hurairah r.a berkata:”Nabi SAW bersabda:”Janganlah kamu berharap untuk bertemu musuh, tetapi apabila kamu bertemu musuh maka bertahanlah.”
(Bukhari dan Muslim)

5 comments:

Anonymous said...

bagus article nih..
sesuai pda masenye..
jd..pikir2 kan la...

Anonymous said...

aku nk guna wat dakwah bleh...???

Anonymous said...

boleh... silakan... ilmu kena dikongsikan... baru berkat... insyaAllah...

Anonymous said...

insaf la wahai manusia...

123 said...

iye..
marila beramai2 muhasabah diri..
DIA maha mengetahui...
(^_^)...