:::.. Spunky'S Story ..:::

My photo
Melaka, Malaysia
Melaka Paintball Team that STRIVE for SUCCESS....!!!

Thursday, April 30, 2009

NAPSHOT SUPER SALE!!

In the wake of the recent economic situation, NAPSHOT is doing our bit to help paintballers in our beloved sport by doing a sale.....SUPER SALE!! SALE!!! SALE!!!!!
Enjoy up to 50% discounts on selected items. The sale commences from today, till the 3rd of May 2pm* (Pls. see below)

SPEEDBALL-Empire-SmartParts-Spyder-JT-Nxe-Paintball Assassin

SCENARIO-BT-Tippmann-Spyder-Nxe

GENERAL ITEMS-Energy Batteries-Diablo 140 Pods-100 Round Extreme Rage pods-Transpod

*Note: Napshot @ Damansara Perdana will be closed on 1st, 2nd & 3rd May BUT...
We will be opening a booth on the 1st, 2nd & 3rd May (Fri,Sat,Sun) @ ISSC in Dataran PJ!!Please feel free to drop by NAPSHOT's booth and stand a chance to WIN some goodies at a.... LUCKY DRAW =)
Type of Draw:
Lucky Draw for Participating Teams in ISSC (display your ID)
Lucky Draw for paintballers, guests & public.

Call NOW for more details on the SUPER SALE!!!!!:
Kevin: 012-3030 111
Terry: 012-338 0869
Nick: 016-233 7171
Have a great weekend ahead & happy holidays!!
Thank you.

From all of us at,
NAPSHOT

Wednesday, April 29, 2009

Pantai Puteri..

Salam semua..
lama dah x post pape kt blog nih..
okay..
event nie..dh 3hr berlalu..
tp..bukti event xdpt lg..
dr tuan punyer kamera..
event apa??hehehe
TaDaa..!!
cepat2..
sesape yg ade gmbr2 kt Pantai Puteri hr tue..
tolong update yer..

maklumla..
korg sume dh freekn..
sy je yg masih ade paper..
huhu..
paling awal start paper..
tp,paling lewat hbs paper..

SM..
wish me luck k..;-p

Sunday, April 26, 2009

Melaka 3on3 Paintball Tournament 2009


pada hari Sabtu 25 April 2009 telah berlangsungnya Kejohanan Paintbal 3 on 3 Melaka di Dataran Pahlawan, Melaka.
Kejohanan ini adalah bersempena Kempan Benteras Jenayah yang dianjurkan oleh pihak Polis di tapak yang sama.
Selain dari Paintbal, terdapat juga acara2 lain seperti futsal, 3 on 3 basketball, pertandingan shuffle dan karaoke.

Mengikut jadual, acara Paintball sepatutnya bermula pada jam 8 pagi tetapi disebabkan masalah2 'teknikal' yang biasa... pertandingan hanyalah bermula pada jam 12 tengahari.

Spunky telah menghantar 1 pasukan yang diwakili oleh Spunky K, G dan Mr Fuzzy.
Disebabkan tak tau apa nama letak, kami pun menamakan pasukan ini TEAM KIF.

Sebanyak rasanya 15 pasukan yang join, tapi 3 tak datang jadi 12 pasukan je yang aktif.
Antara yang join adalah beberapa pasukan dari UTeM dan 3 pasukan dari team paintball JS.

Format pertandingan : 2 game prelim, lepas tu 2nd round lagi 2 game dan 3 team teratas pastu main balik untuk tentukan 1st, 2nd dan 3rd.

Alhamdulillah team KIF telah berjaya memenangi semua game kita dan telah menjadi juara tournament diikuti oleh 2 team JS iaitu 2nd Jantan Soleh dan 3rd Jom Shisha.

Walaupun hanya menyertai tournament sekadar untuk melepaskan gian main paintball, kami amatlah bersyukur kerana telah berjaya menjadi Johan.

Terima kasih diucapkan kepada operator iaitu Redtma dan juga KBS sebagai organiser, semua pasukan2 dan pemain2 yang telah mengambil bahagian dan juga terima kasih kepada Manager dan Mrs Fuzzy yang senantiasa memberi sokongan dan bantuan kepada kami.

p.s. special thanks also to all the reffs that marshalled the event... ChePul, Ada, Mija, Muaz dan lagi 1 bro tu... pengorbanan kamu di bawah panas terik dalam padang amat2 dihargai...

Tuesday, April 21, 2009

2nd Placing again












MPOC winner for Div 4

  • team OverKill

  • team Spunky Militia
  • team Rimba Crusher

congrats to all winner...(^_^)

Friday, April 17, 2009

:::SeLaMat BerJuanG!!!:::

salam petang Jumaat yg harmoni kpd semua..
[cewah..;-P]

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Friday Comments & Graphics


okay..
petang nie..
SM akan bergerak ke KL..
kepada players n crew (cz ramai team-mate SM yg kene attend final paper & kene keje)
yg terlibat utk MPOC 3rd leg nie...

semoga berjaya..
xkisah brp org pun korg main nnt..
jnji korg bersatu...
mgkn kurang sorg..but..
tue bukan penghalang kn..
so..
go SM go!!!
hihi..

selamattt!!!!!
(^_^)...

Tuesday, April 14, 2009

:: PICS di Stadium Jebat ::


gambar sahaja dulu ye..
cite2 and lawak jenaka...
nnt akan dipostkn..
sbb sekarang musim exam..(^_^)














okay..
for SM yg akan menghadapi paper2 exam..
Selamat Menjawab Soalan..
Selamat Menghadapi Peperiksaan..
chayok2x!!


Myspace Comments, Good Luck Comments at WishAFriend.com

Tuesday, April 07, 2009

PERSPEKTIF SPUNKY MILITIA

Salam Sejahtera.Blog kali ini di’post’ sebab ramai bertanya pada Spunky Militia yang kenapa kami dah tak main My-npl lagi. Saya tak pasti yang soalan tu sengaja ditanya untuk memberitahu kepada umum yang Spunky sekarang main di D3 my-npl tapi bermain di D4 MPOC atau memang ada yang menanti kehadiran team kami ke My-npl dan tidak senang dengan kehadiran kami dia MPOC. Saya rasa tak mungkin la ada yang tunggu kan. “Main D3/D4 je pun, x la hebat mana kan”. :-) . Ada suara yang mengatakan kami boikot My-npl dan bermain untuk MPOC untuk melepaskan kekecewaan kami di My-npl. Sebagai menjawab soalan yang pernah ditanya kepada Spunky, bahawasanya Spunky Militia tidak pernah mem’boikot’ mana-mana tournament paintball di Malaysia. We love paintball. Malaysia kita ni bukan besar sangat pun, takda gunanya boikot mana-mana tournament. So, kepada sesiapa yang menyatakan Spunky memboikot , kalian adalah salah.

Untuk pengetahuan semua (mungkin ada yang dah tau), Spunky Militia tidak pernah bermain di MY-npl, tetapi semua Spunky playerz pernah bermain My-npl menggunakan nama ‘Leopard hunterz’ (Dataran Bersejarah-2007) dan ‘Prestige’ (Dataran Pahlawan-2008). Playerz yang sama tetapi nama team lain. Kami hanya bermain di My-npl Melaka sahaja kerana semua player Spunky Militia a.k.a Leopard hunterz a.k.a prestige adalah berpusat di Melaka dan student sepenuh masa di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (saja aku sebut nama penuh..hehe) kecuali seorang iaitu ‘G’. Kedua-dua tourney yang kami main ini (My-npl 2007 & 2008) menggunakan ‘fully house Marker’ dan keduanya mampu hanya ke peringkat Quarter Final sahaja. Untuk pengetahuan semua juga,kami semua membesar dengan team My-npl (Tactical Action and DeltaRover) yang di terajui oleh Sifu Sofian Daud a.k.a abg Pian. Dari kami mula-mula pegang marker (Melaka Open-Stdium Tun Fatimah-2005-klu x silap) sehingga boleh bermain dengan sendirinya seperti sekarang, kami tidak pernah melupakan jasa dan tunjuk ajar Abg Pian n D’geng. Bagi kami ketika itu (sebelum bermain di MPOC) rules paintball yang kami tahu didunia ini hanyalah rules My-npl.

Awal tahun ini, setelah Spunky Militia berbincang dan bermusyawarah (btl ke aku eja..hehe), kami mahu mencuba kelainan dan meningkatkan lagi kemahiran paintball, kami bersepakat untuk bermain di MPOC buat julung kalinya. Setelah ditimbal-tara dan mengambil kira beberapa faktor, Spunky bersetuju untuk bermain D4 MPOC bukan D3 seperti di My-npl. Antara factor itu adalah; kami tiada pengalaman dengan rules MPOC (kira x tau lansung) , masih menggunakan fully house marker dan masih Student yang berdepan masalah kewangan yang serius. Saya tidak pasti adakah masih ada team lain yang akan bermain juga di D3 sekiranya mempunyai masalah yang sama seperti Spunky dan adakah boleh diterima sekiranya bermain D3 dengan fully house marker pada tahun 2009 ini. Logiknya dah tentu tak boleh menang kecuali keajaiban berlaku. MPOC sama sekali tidak sama dengan My-npl, kalau ada yang tanya kenapa data MPOC and My-npl tidak boleh gabung, pendapat saya memang tidak boleh sebab keduanya tidak sama rules dan suasana kemeriahan itu sendiri. Sebab itu, kami yang baru nak mencuba rules baru, kami mulakan dari bawah dan tidak manis kalau terus terjah. Gegaran kecil dari bawah juga boleh menghasilkan tsunami.

Sebagai cabaran untuk kami sendiri, kepada semua team paintball di Malaysia, nantikan kemunculan kami satu hari nanti dengan amukan luar biasa yang menggegarkan dunia paintball Malaysia. Berilah kami masa yang secukup untuk melengkapkan kelengkapan yang tidak lengkap, mengasah pengalaman dari yang berpengalaman dan menapis kekurangan yang memang banyak kurangnya.

Akhirnya, bagi spunky militia, kami datang kemana-mana tournament lebih kepada untuk bermain paintball bukan bertanding, kalah dan menang adat bermain, kemenangan dan kejayaan adalah bonus dan anugerah Ilahi yang berharga buat kami sebagai kenangan manis untuk dibawa ke anakcucu. Inilah semangat dan jiwa yang dipahat di setiap saraf Spunky Militia. Tunjuk ajar dari sifu abg Pian dan sifu gongho Paul amat kami perlu sebagai dorongan dan panduan. Sekiranya apa yang tertulis ini mengganggu emosi kalian semua, maaf dipinta, mulut yang kurang ajar ni memang perlu tunjuk ajar. Terima Kaseh.

Spunky Madz (ahmad_uyob@yahoo.com)

Saturday, April 04, 2009

-La Nina ropenyer-

DALAM tempoh seminggu bermula 3 Mac lalu, bandar raya Kuala Lumpur dan Johor Bahru, Johor dilanda banjir kilat akibat hujan lebat antara tiga hingga tujuh jam menyebabkan lebih 300 kenderaan musnah dihanyutkan air manakala lebih 1,200 penduduk terpaksa berpindah.

Banjir kilat itu menyebabkan kira-kira 40 orang terperangkap dalam bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) manakala hampir semua jalan utama di ibu negara mengalami kesesakan teruk berikutan air naik mendadak.

TAHU TAK KENAPA LA NINA NI BERLAKU?
Fenomena ini berlaku disebabkan tekanan atmosfera permukaan di khatulistiwa Pasifik Barat menurun menyebabkan pembentukan awan lebih banyak dan hujan lebat. Ringkasnya, La Nina ialah perubahan cuaca sejuk menyebabkan hujan dan ia berlawanan dengan fenomena El Nino yang membawa perubahan cuaca panas menyebabkan kemarau.

Di Malaysia, secara umumnya jumlah hujan melebihi purata dijangka berlaku di kebanyakan tempat di seluruh negara, namun, taburan hujan ini bergantung kepada pelbagai faktor lain selain faktor La Nina.

INFO: Perbezaan antara La Nina dan El Nino
  • El Nino dan La Nina berlaku disebabkan interaksi antara permukaan laut dan atmosfera di Pasifik Tropika.

  • Perubahan di lautan memberi impak kepada atmosfera dan corak iklim seluruh dunia.

  • Perubahan atmosfera ini seterusnya memberi impak kepada suhu dan arus lautan semula. Sistem ini berulang daripada keadaan suam (El Nino) kepada neutral (La Nina sejuk) dengan purata pusingan antara 3 hingga 4 tahun.

  • Kedua-duanya adalah fasa ekstrem yang berlaku semula jadi dalam kitaran iklim yang dikenali sebagai El Nino atau Ayunan Selatan (ENSO).

  • Kedua-dua terminologi merujuk kepada perubahan suhu permukaan laut pada skala besar di sekeliling kawasan tropika Pasifik Timur.

  • Haba dan lembapan ini meliputi kawasan tropika ketika El Nino melanda tetapi ketika La Nina berlaku, tiupan angin lazim timuran menjadi bertambah kuat sehingga menyebabkan ‘cold upwelling’ di kawasan perairan tropika dan Amerika Selatan meningkat.

  • Pada ketika ini, suhu permukaan laut di kawasan tropika boleh menurun sehingga 7 darjah F di bawah normal.

  • p/s:
    La Nina ialah perubahan cuaca sejuk menyebabkan hujan, berlawanan El Nino yang membawa kemarau

    p/s/s:
    nk tahu lebih lg pasal 'La Nina'?? meh..tekan
    sini..;-)

    p/s/s:
    to SM..tingkatkan pengetahuan anda..hehe..
    selamattt.....!!!

    :::.....::: -tiada topik-

    okay..this is a post about nothing...
    nothing serious..nothing special..nothing.
    just nothing...


    zwani.com myspace graphic comments
    Myspace Weekend Comments & Graphics


    okay...
    thats all..
    erm..
    jom tgk movie besh weekend nih..
    FAST & FURIOUS 4...!!!
    mr. & mrs. fuzzy dh tgk kn...
    bg la sinopsis sket..
    ngeh3...;-)