:::.. Spunky'S Story ..:::

My photo
Melaka, Malaysia
Melaka Paintball Team that STRIVE for SUCCESS....!!!

Tuesday, April 07, 2009

PERSPEKTIF SPUNKY MILITIA

Salam Sejahtera.Blog kali ini di’post’ sebab ramai bertanya pada Spunky Militia yang kenapa kami dah tak main My-npl lagi. Saya tak pasti yang soalan tu sengaja ditanya untuk memberitahu kepada umum yang Spunky sekarang main di D3 my-npl tapi bermain di D4 MPOC atau memang ada yang menanti kehadiran team kami ke My-npl dan tidak senang dengan kehadiran kami dia MPOC. Saya rasa tak mungkin la ada yang tunggu kan. “Main D3/D4 je pun, x la hebat mana kan”. :-) . Ada suara yang mengatakan kami boikot My-npl dan bermain untuk MPOC untuk melepaskan kekecewaan kami di My-npl. Sebagai menjawab soalan yang pernah ditanya kepada Spunky, bahawasanya Spunky Militia tidak pernah mem’boikot’ mana-mana tournament paintball di Malaysia. We love paintball. Malaysia kita ni bukan besar sangat pun, takda gunanya boikot mana-mana tournament. So, kepada sesiapa yang menyatakan Spunky memboikot , kalian adalah salah.

Untuk pengetahuan semua (mungkin ada yang dah tau), Spunky Militia tidak pernah bermain di MY-npl, tetapi semua Spunky playerz pernah bermain My-npl menggunakan nama ‘Leopard hunterz’ (Dataran Bersejarah-2007) dan ‘Prestige’ (Dataran Pahlawan-2008). Playerz yang sama tetapi nama team lain. Kami hanya bermain di My-npl Melaka sahaja kerana semua player Spunky Militia a.k.a Leopard hunterz a.k.a prestige adalah berpusat di Melaka dan student sepenuh masa di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (saja aku sebut nama penuh..hehe) kecuali seorang iaitu ‘G’. Kedua-dua tourney yang kami main ini (My-npl 2007 & 2008) menggunakan ‘fully house Marker’ dan keduanya mampu hanya ke peringkat Quarter Final sahaja. Untuk pengetahuan semua juga,kami semua membesar dengan team My-npl (Tactical Action and DeltaRover) yang di terajui oleh Sifu Sofian Daud a.k.a abg Pian. Dari kami mula-mula pegang marker (Melaka Open-Stdium Tun Fatimah-2005-klu x silap) sehingga boleh bermain dengan sendirinya seperti sekarang, kami tidak pernah melupakan jasa dan tunjuk ajar Abg Pian n D’geng. Bagi kami ketika itu (sebelum bermain di MPOC) rules paintball yang kami tahu didunia ini hanyalah rules My-npl.

Awal tahun ini, setelah Spunky Militia berbincang dan bermusyawarah (btl ke aku eja..hehe), kami mahu mencuba kelainan dan meningkatkan lagi kemahiran paintball, kami bersepakat untuk bermain di MPOC buat julung kalinya. Setelah ditimbal-tara dan mengambil kira beberapa faktor, Spunky bersetuju untuk bermain D4 MPOC bukan D3 seperti di My-npl. Antara factor itu adalah; kami tiada pengalaman dengan rules MPOC (kira x tau lansung) , masih menggunakan fully house marker dan masih Student yang berdepan masalah kewangan yang serius. Saya tidak pasti adakah masih ada team lain yang akan bermain juga di D3 sekiranya mempunyai masalah yang sama seperti Spunky dan adakah boleh diterima sekiranya bermain D3 dengan fully house marker pada tahun 2009 ini. Logiknya dah tentu tak boleh menang kecuali keajaiban berlaku. MPOC sama sekali tidak sama dengan My-npl, kalau ada yang tanya kenapa data MPOC and My-npl tidak boleh gabung, pendapat saya memang tidak boleh sebab keduanya tidak sama rules dan suasana kemeriahan itu sendiri. Sebab itu, kami yang baru nak mencuba rules baru, kami mulakan dari bawah dan tidak manis kalau terus terjah. Gegaran kecil dari bawah juga boleh menghasilkan tsunami.

Sebagai cabaran untuk kami sendiri, kepada semua team paintball di Malaysia, nantikan kemunculan kami satu hari nanti dengan amukan luar biasa yang menggegarkan dunia paintball Malaysia. Berilah kami masa yang secukup untuk melengkapkan kelengkapan yang tidak lengkap, mengasah pengalaman dari yang berpengalaman dan menapis kekurangan yang memang banyak kurangnya.

Akhirnya, bagi spunky militia, kami datang kemana-mana tournament lebih kepada untuk bermain paintball bukan bertanding, kalah dan menang adat bermain, kemenangan dan kejayaan adalah bonus dan anugerah Ilahi yang berharga buat kami sebagai kenangan manis untuk dibawa ke anakcucu. Inilah semangat dan jiwa yang dipahat di setiap saraf Spunky Militia. Tunjuk ajar dari sifu abg Pian dan sifu gongho Paul amat kami perlu sebagai dorongan dan panduan. Sekiranya apa yang tertulis ini mengganggu emosi kalian semua, maaf dipinta, mulut yang kurang ajar ni memang perlu tunjuk ajar. Terima Kaseh.

Spunky Madz (ahmad_uyob@yahoo.com)

14 comments:

G said...

tepat skali Spunky Madz!...
memang kita ni sebenarnya nak main paintball je... menang tu bonus, kalah tu biasa le... hehe

mr.fuzzy said...

yup...btol,apa yg ditulis itu benar sekali..
kepada MEREKA-MEREKA yg masih blom puas lg,xtau laape yg korg nk..
kepada madz,t.q sebb tulis post..terharu gak dgr,sbb selama jatuh bgn dlm main paintball kita harungi sesama..xdak duit ka,xckp org ka, xdak transport ka, paintball tetap main..kalah menang adat permainan,menang jadikan bonus, kalah jadikan pengajaran..tpo amad miss 1 nama la kat sifu tu..hu3..rasanay spunky tau kot sape..

-manager- said...

pjg post Spunky Madz kali nie..;-)
hrp menjawab la segala persoalan2
kpd 'sesiapa' yg bertanya tue..
yg penting perbaiki diri dan team sblm 'terjah' another party..
no offense..no sweat..no hard feeling...k.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA...

K said...

we know who we are.. you know who you are.. so pandai2 la ye...

great entry madz...

ChaRLie said...

miss 1 sifu..??? erm may b.. rasa yer spunky thu saper...
entry yg menyentuh jiwa dan perasaan.. harap segala persoalan yg masih kabur telah terjwb hendaknya. main paintball jer pun bukan yer ape... (ulang ayat) menang bonus la tp klu klah simpan wat pengalamn yg tidak ternilai.. perbaiki lg..
spunky tetap spunky...
paintball tetap paintball...
tq for spunky madz for this entry..
(^_^)

Mrs Fuzzy said...

Hope entry ini dpt mengubah persepsi org lain yg masih kabur tentang SM and blom btol2 kenal SM..so pk pnjang2 b4 kluarkan statement yg xbtol tentang SM..Thanx to Spunky Madz 4 dis lovely entry..

madz said...

Sebenarnya byk lg sifu-sifu yang berjasa pd Spunky...sifu yang byk berjasa dengan rela hati tanpa meminta sedikit pun bayaran mendidik kita sampai ke tahap nie...tp aku sj x sebut sbb isu kali ini lebih pd MPOC n My-npl..x sebut x bermakna kita lupa..sumernye masih terpahat di Hati..tq peace

mr.fuzzy said...

yeah..cayalah madz..

.::aDa::. said...

aku penah..suatu ketika dulu..hunterz..hehe

Lang Legar said...

orang bercakap bermakna orang pandang..
orang pandang kadang2 penuh makna..
tersilap tafsir yang tersurat,terlepas yang tersirat..
jangan berbirat badan kena tembak sudah haha..

antu said...

susah sangat diorang nih nak cakap..biar aku jer ngaku..aku la sifu yang sorang lagi tuh..hahahahhahahahahah..

kepada yang bertanya...puas ati skang?? hahahahhahaha...

Anonymous said...

TO S.M...

AKU TAK TAU NK KOMEN APER UTK KORANG...HUHU..FOR MADZ, AKU BERTERIMA KASIH SGT KAT KO YG BERTANGGUNGJAWAB MENYEBABKAN AKU TERLIBAT DLM PAINTBALL SPORT NI...KO LAR ORG YG PERTAMA MEMBERI TUNJUK AJAR KT AKU WLAUPUN KTE TAK PENAH KENAL DLU..TQ 4 THE CHANCE..I NVR FORGET IT..2ND, KUCAI..KO IDOL AKU DLU MASA AKU MULA2 BERKECIMPUNG DLM PAINTBALL..KLU KO NK TAU SBB APER AKU MAIN BACK PLAYER (LEFT PLAK TU), SBB AKU NK JADI MCM KO ONE DAY...SO AKU DH PROOF PD DIRI AKU YG AKU BLEH JADI MCM KO..TQ 4 UR MENTORING N COACHING...JASA KORANG BERDUA TAK AKN AKU LUPAKAN IF ONE DAY AKU AKAN JADI MCM THOMAS TYLOR...HAHA..HARAPAN TINGGI NI..LAST BUT NOT LEAST, TQ SO MUCH FOR S.M BCOZ GIVE ME CHANCE TO BE UR PART WLAUPUN INVITED PLAYER...MMG ITU YG AKU HARAP DLU LG MS MULA2 NK MAIN PAINTBALL UNTIL I HV MY OWN TEAM (HYBRIDZ) NOW...N TQ 4 CAPTAIN (PALI), BCOZ TRUST ON ME N MY TEAMMATE 4 D INVITED...AKU HARAP (HYBRIDZ) TAK AKAN KECEWA KN KORANG (S.M)..AKU N HYBRIDZ AKN TERUS SUPPPORT SELAGI KAMI MAMPU (TAPI KLU DUIT TU PIKIR 2-3 KALI LAR..) :d ...

THAT ALL FROM ME...(ABIS DH TISU SEKOTAK NI)..

-MARIO-
HYBRIDZ TEAM

k said...

sedihnya aku dengar...
huhuhuhuhu...

mr.fuzzy said...

hu3..sedih laaa