:::.. Spunky'S Story ..:::

My photo
Melaka, Malaysia
Melaka Paintball Team that STRIVE for SUCCESS....!!!

Saturday, April 04, 2009

-La Nina ropenyer-

DALAM tempoh seminggu bermula 3 Mac lalu, bandar raya Kuala Lumpur dan Johor Bahru, Johor dilanda banjir kilat akibat hujan lebat antara tiga hingga tujuh jam menyebabkan lebih 300 kenderaan musnah dihanyutkan air manakala lebih 1,200 penduduk terpaksa berpindah.

Banjir kilat itu menyebabkan kira-kira 40 orang terperangkap dalam bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) manakala hampir semua jalan utama di ibu negara mengalami kesesakan teruk berikutan air naik mendadak.

TAHU TAK KENAPA LA NINA NI BERLAKU?
Fenomena ini berlaku disebabkan tekanan atmosfera permukaan di khatulistiwa Pasifik Barat menurun menyebabkan pembentukan awan lebih banyak dan hujan lebat. Ringkasnya, La Nina ialah perubahan cuaca sejuk menyebabkan hujan dan ia berlawanan dengan fenomena El Nino yang membawa perubahan cuaca panas menyebabkan kemarau.

Di Malaysia, secara umumnya jumlah hujan melebihi purata dijangka berlaku di kebanyakan tempat di seluruh negara, namun, taburan hujan ini bergantung kepada pelbagai faktor lain selain faktor La Nina.

INFO: Perbezaan antara La Nina dan El Nino
  • El Nino dan La Nina berlaku disebabkan interaksi antara permukaan laut dan atmosfera di Pasifik Tropika.

  • Perubahan di lautan memberi impak kepada atmosfera dan corak iklim seluruh dunia.

  • Perubahan atmosfera ini seterusnya memberi impak kepada suhu dan arus lautan semula. Sistem ini berulang daripada keadaan suam (El Nino) kepada neutral (La Nina sejuk) dengan purata pusingan antara 3 hingga 4 tahun.

  • Kedua-duanya adalah fasa ekstrem yang berlaku semula jadi dalam kitaran iklim yang dikenali sebagai El Nino atau Ayunan Selatan (ENSO).

  • Kedua-dua terminologi merujuk kepada perubahan suhu permukaan laut pada skala besar di sekeliling kawasan tropika Pasifik Timur.

  • Haba dan lembapan ini meliputi kawasan tropika ketika El Nino melanda tetapi ketika La Nina berlaku, tiupan angin lazim timuran menjadi bertambah kuat sehingga menyebabkan ‘cold upwelling’ di kawasan perairan tropika dan Amerika Selatan meningkat.

  • Pada ketika ini, suhu permukaan laut di kawasan tropika boleh menurun sehingga 7 darjah F di bawah normal.

  • p/s:
    La Nina ialah perubahan cuaca sejuk menyebabkan hujan, berlawanan El Nino yang membawa kemarau

    p/s/s:
    nk tahu lebih lg pasal 'La Nina'?? meh..tekan
    sini..;-)

    p/s/s:
    to SM..tingkatkan pengetahuan anda..hehe..
    selamattt.....!!!

    6 comments:

    G said...

    harap2 ahli2 SM sume akan memanfaatkan info La Nina ni dlm MPOC akan datang... hehe

    mr.fuzzy said...

    hu3...nk main mpoc...

    ChaRLie said...

    p exam la... tunaikan tnggungjwb anda sebagai student..
    hahahaha

    mr.fuzzy said...

    kalu dah capt ckp camtu xbleh nk wat pe daah

    G said...

    skolah dulu... mpoc byk lg hehehe.

    123 said...

    (^_^)...